Jenis kerosakan jalan raya Asphalt Tar

www.klangec.com


Jenis kerosakan jalan raya

  1. 1. PENGENALAN Pada masa kini, jalanraya merupakan salah satu jaringan perhubungan yang terpenting. Dengan adanya jalanraya, aktiviti harian manusia dapat berjalan dengan lancar contohnya pengguna jalanraya dapat sampai ke destinasi masing-masing dengan cepat dan selamat. Untuk memastikan keselesaan pengguna jalanraya, keadaan jalanraya yang baik perlu dititikberatkan. Oleh itu, untuk memastikan jalanraya sentiasa berada dalam keadaan yang baik, ia perlulah dipelihara oleh pihak yang terlibat untuk menjamin keselesaan pengguna jalanraya. Dengan pertambahan kadar lalulintas yang semakin tinggi maka, jalanraya yang dibina mestilah dapat menanggung beban dan tegasan yang lebih tinggi supaya kesan kehausan kepada permukaan, ubahbentuk dan keretakan dapat dielakkan. Selain dari pertambahan kadar lalulintas, kerosakan juga berpunca dari keadaan muka bumi yang tinggi dan rendah (bukit) di mana ianya tidak memenuhi syarat utama untuk menjamin kestabilan struktur jalan. Maka, berlakunya masalah kerosakan jalanraya serta pembaziran dari segi penyenggaraan untuk turapan semula.
 Turapan jalan raya

JENIS KEROSAKAN JALAN RAYA Pada kebiasaannya terdapat beberapa jenis kerosakan yang sering berlaku pada permukaan jalan. Antaranya retak, lelubang, lekukan, pecahan tepi, penjujuhan, kegagalan tambakan, pengikisan, penanggalan, dan lain-lain. a) Retak (cracking) Retakan berlaku akibat daripada kegagalan patah permukaan turapan, ia boleh berlaku dalam berbagai bentuk iaitu daripada satu retakan kecil sehingga saling bersambung dan meliputi keseluruhan turapan. Antara faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya keretakan ialah tekanan daripada beban gandar, perubahan suhu dalam lapisan jalan, serta kandungan lembapan yang berlebihan. Terdapat beberapa jenis retakan iaitu retak memanjang, retak pinggir, retak blog, retak buaya, retak pantulan, dan retak bulan sabit. Rajah 1 : Retak buaya

Lekukan (depression) Lekukan ialah kawasan di mana arasnya lebih rendah daripada kawasan sekitarnya atau deformasi yang berlaku pada laluan roda kenderaan yang selari dengan jalanraya. Lekukan kecil kelihatan apabila ia ditakungi oleh air hujan. Ia berlaku disebabkan oleh penggenapan subgred ataupun kerja-kerja pembinaan jalan yang kurang baik serta akibat beban dari roda kenderaan yang dikenakan ke atas jalanraya. Lekukan yang berlaku akan menyebabkan ketidakselesaan kepada pemanduan dan air yang bertakung akan melemahkan turapan seterusnya membawa kepada kerosakan yang lebih besar. Terdapat beberapa tahap lekukan yang telah digariskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berdasarkan daripada kajian yang telah dilakukan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM). Antaranya rendah, sederhana dan tinggi. Rajah 2 : Lekukan

 Kontraktor premix tar
Lelubang (pothole) Lelubang terjadi akibat beban daripada beban lalulintas yang memecahkan turapan dan membenarkan air memasuki turapan dan seterusnya mempercepatkan proses penyepaian. Ia merupakan pembentukan lubang seperti mangkuk pada turapan jalan. Lelubang berpunca daripada kehilangan lapisan haus dan pengikat. Rajah 3 menunjukkan lelubang yang terbentuk pada permukaan jalan raya. Rajah 3 : Lelubang

 Tar jalan selangor
Pengikisan (raveling) Pengikisan berlaku disebabkan oleh kandungan debu yang berlebihan menyebabkan bitumen lebih banyak menyaluti debu daripada aggregat dan akibat daripada proses pemadatan lapisan permukaan asphalt yang tidak sempurna menyebabkan agregat mudah tercungkil keluar daripada permukaan jalan raya. Rajah 4 : Pengikisan
 Kontraktor tar jalan raya rosak kuala lumpur
Kegagalan tambakan Kegagalan tambakan pada dasar akan menjadi tambakan condong dan tanah terangkat pada sisi jalan. Kegagalan tambakan yang berlaku menyebabkan permukaan jalan tidak rata maka ia akan membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut. Rajah 5 : Kegagalan tambakan

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, apabila turapan jalan menjangkaui hayat reka bentuknya, ia akan terdedah kepada pelbagai jenis kegagalan dan kerosakan akibat beban kumulatif lalulintas dan lain-lain. Walaupun begitu, disebabkan oleh faktor-faktor seperti reka bentuk turapan dan bahan yang digunakan ia juga boleh menyebabkan jalan raya yang baru dibina menghadapi masalah kerosakan jalan. Oleh itu, untuk menjamin keselesaan pemanduan dan keselamatan para pengguna, jalan raya mestilah sentiasa berkeadaan baik seperti sentiasa dipantau dan diselenggara oleh pihak yang berkenaan dari masa ke semasa. Selain itu, teknik penyelenggaraan jalan raya yang betul dan efektif harus dipraktikkan supaya ciri-ciri jalan raya yang baik dapat dikekalkan. Secara praktikal, penyelenggaraan jalan raya adalah bertujuan untuk membaiki keadaan dan operasi jalan raya supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat, selesa, dan lebih ekonomi. Kaedah penyenggaraan yang boleh dilakukan untuk mengekalkan keadaan jalan yang baik ialah bergantung kepada jenis kerosakan turapan.
🌻 Plannning to repair asphalt pavement ?
🌷 Ingin membaiki jalan raya tar ?
Hubungi kami di :
Klanggroupec@gmail.com
0168555527

Contact us ;
https://wa.me/60168555527
Klanggroupec@gmail.com




Comments

Popular posts from this blog

The Most Common Road asphalt Resurfacing Methods in malaysia.Asphalt road contractor malaysia